Sabtu, 1 Februari 2014

cantik luaran sihat dalaman

Assalamualaikum semua..

Dalam sebuk mengemas rumah, saya terjumpa majalah Pa&Ma yang memang menjadi teman setia saya semasa dulu. Saya simpan setiap koleksi sebagai rujukan. Saya tertarik dengan satu topik didalam buku tersebut keluaran Jun 2007, bertajuk "Cantik Luaran Sihat Dalaman". Betulkan orang kata tubuh yang sihat mampu mengubah penampilan kita. Kecantikan akan terpancar di wajah dan tubuh kita sekiranya kita mengamalkan kesihatan meliputi dalaman dan luaran.

Antara intipati yang ingin saya kupas disini ialah :

  •   PEMERIKSAAN KESIHATAN BIASA 
    • Pemeriksaan ini sebenarnya amat penting bagi golongan wanita seusia 20an lagi. Sebaik-baiknya dicadangkan pemeriksaan ini dapat dijalankan setahun sekali. Paling baik 6 bulan sekali terutama yang menghadapi masalah kesihatan. Pemeriksaan ini merangkumi :
    • Darah - pemeriksaan ini bertujuan untuk menganalisa jumlah hormon dalam tubuh dan membantu kita mengetahui fungsi ginjal. Ia juga boleh mengesan kadar kolestrol , protein dan gula dalam darah.
    • Air kencing - ujian ini dapat mengenalpasti jangkitan di saluran kencing atau liang vagina.
    • Denyutan jantung- alat yang digunakan iaitu elektrokardiograf. Daripada ujian ini kita dapat mengetahui gambaran 'kerja' jantung kita. selain kita juga boleh menggunakan x-ray.  Hasil ujian ini kita dapat mengesan jika ada masalah pada pembuluh darah di jantung.  Sekiranya kita mengalami obesiti atau kolestrol tinggi , kita digalakkan untuk menjalani ujian treadmill. 
    • Paru-paru - pemeriksaan ini bertujuan untuk mengetahui ukuran paru-paru. selain itu ujian ini juga dapat mengesan brochintis, asma, pneumonia malah tumor juga.

Banyak bukan...jangan kita memandang ringan semua itu..ambillah peluang dan ruang yang ada untuk sama-sama kita menjaga kesihatan kita. Semoga dengan kesihatan kita yang baik dapat mendekatkan diri kita pada Allah.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...