Sabtu, 1 Februari 2014

cantik luaran sihat dalaman

Assalamualaikum semua..

Dalam sebuk mengemas rumah, saya terjumpa majalah Pa&Ma yang memang menjadi teman setia saya semasa dulu. Saya simpan setiap koleksi sebagai rujukan. Saya tertarik dengan satu topik didalam buku tersebut keluaran Jun 2007, bertajuk "Cantik Luaran Sihat Dalaman". Betulkan orang kata tubuh yang sihat mampu mengubah penampilan kita. Kecantikan akan terpancar di wajah dan tubuh kita sekiranya kita mengamalkan kesihatan meliputi dalaman dan luaran.

Antara intipati yang ingin saya kupas disini ialah :

  •   PEMERIKSAAN KESIHATAN BIASA 
    • Pemeriksaan ini sebenarnya amat penting bagi golongan wanita seusia 20an lagi. Sebaik-baiknya dicadangkan pemeriksaan ini dapat dijalankan setahun sekali. Paling baik 6 bulan sekali terutama yang menghadapi masalah kesihatan. Pemeriksaan ini merangkumi :
    • Darah - pemeriksaan ini bertujuan untuk menganalisa jumlah hormon dalam tubuh dan membantu kita mengetahui fungsi ginjal. Ia juga boleh mengesan kadar kolestrol , protein dan gula dalam darah.
    • Air kencing - ujian ini dapat mengenalpasti jangkitan di saluran kencing atau liang vagina.
    • Denyutan jantung- alat yang digunakan iaitu elektrokardiograf. Daripada ujian ini kita dapat mengetahui gambaran 'kerja' jantung kita. selain kita juga boleh menggunakan x-ray.  Hasil ujian ini kita dapat mengesan jika ada masalah pada pembuluh darah di jantung.  Sekiranya kita mengalami obesiti atau kolestrol tinggi , kita digalakkan untuk menjalani ujian treadmill. 
    • Paru-paru - pemeriksaan ini bertujuan untuk mengetahui ukuran paru-paru. selain itu ujian ini juga dapat mengesan brochintis, asma, pneumonia malah tumor juga.

Banyak bukan...jangan kita memandang ringan semua itu..ambillah peluang dan ruang yang ada untuk sama-sama kita menjaga kesihatan kita. Semoga dengan kesihatan kita yang baik dapat mendekatkan diri kita pada Allah.  

Khamis, 12 Disember 2013

Update blog guna smartpbone

Assalamualaikum...buat pembaca semua....hari ni first time saya guna smartphone utk update blog saya..nampak sgt xreti...hehehh

Saya menggunakan blogger-droid untuk aplikasi ini...kalau korang tahu cara lain blh share disini...almaklumlah...sy ni kurang ilmu it...


Saya postkan sekali muzium tentera darat bagi sesiapa yg belum sampai ke sana...sebenarnya..sy mmg rajin bercuti ke PD(port dickson)..tapi xpernah terlintas nak ke sana...hari ni saya ambik kesempatan slps cheak out dr hotel dan pekene asam pedas kaw...(mmg sedap),trs ke muzium tentera darat...


Pada saya byk info yg blh di kongsikan ..tentang sejarah malaysia...satu artikal yg sggh menyayat hati iaitu artikal left.adnan..kisahnya begitu membanggakan BG kita rakyat malaysia..perwira negara...anak saya darjah satu saya mnt baca artikal tersebut....sbgai menambah pengetahuannya....


Kepada sesiapa yg blm sampai..jejakla kaki kesana setelah penat bermain air....


Ahad, 8 Disember 2013

RUMAH IDAMANKU

Rasaya sudah lama tidak menulis coretan di ruang yang kecil ini..almaklumlah...kesebukan masa yang dibuat-buat tidak dapat memberi ruang untuk membuka netbook kecilku ini....
sebenarnya dalam peracangan awal saya ingin menulis setiap detik bagaimana rumah idamanku siap di ubah suai..tetapi memandangkan banyak sangat masalah yang timbul membuat kan niat di hati di pendamkan..biasala kan...dengan masalah kontraktor la...masalah ngan pemaju la...ada je yang tak puas hati..nak puas hati buat la sendiri...hehehhe

ok ...saya lampirkan sahaja gambar bagi rumah saya setelah 3 bulan tinggal di rumah idamanku yang kecil ini...

jangan  maree....tema merah, putih , kelabu...bantai jer...konsep apa????? MODEN KOT...yang penting sederhana sahaja...jumpa lagi.....

Isnin, 29 April 2013

sembelit

Bagaimanakah saya tahu bahawa bayi saya sembelit?

 

Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan walaupun mungkin ia menjadi masalah kepada bayi yang lebih berusia apabila dia mula makan makanan pejal.

Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan kemudian hanya satu atau dua kali sepanjang minggu. Walaupun najisnya lembut atau cair, kadang-kala semua bayi perlu meneran untuk mengeluarkannya. Malah, anda akan sedar akan kerut dan dengus bayi anda apabila dia sedang membuang air besar.

Bayi-bayi yang diberikan susu formula akan membuang air besar sekali sehari, walaupun sesetengahnya mungkin akan membuang air besar sekali dalam setiap tiga atau empat hari. Ini bukanlah perkara yang tidak normal, kecuali jika najisnya keras dan berketul-ketul. Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama ia di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering.

Sebelum mengesyaki sembelit, anda perlu mengenali simptom-simptom yang tercatat di bawah dan anda harus faham bahawa bayi, sama seperti orang dewasa, akan mempunyai pola membuang air besar yang bertukar-tukar.

Apakah simptom-simptom sembelit?

Bagi bayi yang berusia 0-3 bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula. Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.

Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:

• Meragam, sakit abdomen dan gastrik.

• Abdomen yang keras.

• Sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar.

• Najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras.

• Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

Kenapakah sembelit berlaku?

Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan; mulanya, doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.

Bagaimanakah saya boleh merawatnya?

Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan.

Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun.

Sesetengah pakar menyarankan supaya menambah satu sudu teh bijian bran ke dalam bijiran bayi anda untuk menambahkan serat, tetapi jangan terlebih tambah. Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong.

Cara-cara berikut juga boleh membantu:

• Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.

• Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.

Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal sebab badan mereka baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, dia akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap.



Di petik dari :

Ahad, 31 Mac 2013

BASIC H dAN kegunaannya

Basic H - 1001 Kegunaan



Basic H adalah cecair yang serbaguna. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan.


KEGUNAAN & CARA

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


UNTUK KECEMASAN
KEGUNAAN & CARA
1. Menghapuskan kutu di atas kepala
  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Apa kegunaan Basic H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.
5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.
6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.
8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.


Hakikatnya Basic H ni banyak kegunaannya. Hanya dengan beberapa titis, ia membantu saya dengan banyak urusan.


 *credit kak N/tq k.farihah

Sabtu, 30 Mac 2013

Panduan makanan anak

PANDUAN UNTUK MEMPERKENALKAN MAKANAN PEJAL KEPADA ANAK KITA

  • 6 BULAN-7 BULAN
               - buah-buahan dan sayur-sayuran dimasak.
               - Perkenalka kanji atau bubur nasi yang lembik dicampur dengan daging atau kacang  
                 panjang, tauhu atau kacang pis.
               - jus buah-buahan yang telah dicairkan.
               - biskut rusk dan roti lembut  (untuk meransang dia supaya mengunyah)
               - cara nya : dilenyek, di potong nipis dan halus.



Isnin, 11 Mac 2013

Minyak Wangi Kasturi Syifa'

Assalamualaikum...

Buat pembaca sekelian, sebagai seorang ibu sudah semestinya akan susah hati apabila anaknya yang masih kecil sering kali menangis tanpa sebab.

Alhamdulillah...seorang kawan saya mengalami perkara yang sama, kemungkinan anaknya mengalami gangguan makhluk halus. (Jangan lupa bahawa anak-anak kecil dibuka hijab untuk melihat mahkluk Allah yang susah untuk kita melihat sebagai seorang dewasa). Tetapi dengan izin Allah...apabila beliau menggunakan "Minyak Wangi Kasturi Syaifa" ..anaknya beransur pulih. Subhanallah... setiap apa yang diuji oleh Allah mesti ada jalan penyelesaian. Amin


Sabtu, 9 Mac 2013

Bengkak Payudara

Bengkak Payudara
  • Bengkak payudara bermakna payudara terlalu penuh , sebahagiannya dengan susu dan sebahagiannya lagi disebabkan oleh peningkatan cecair tisu dan darah yang mengganggu pengaliran susu. Payudara kelihatan berkilat, keras, tegang , sakit dan susu tidak mengalir.
  • Apabila susu mula mengalir banyak, pengaliran darah akan meningkat ke payudara sama seperti pengaliran susu. Payudara akan berasa  hangat, penuh dan berat. Ini menunjukkan payudara penuh. Untuk mengurangkan payudara yang penuh, susui bayi secara kerap dan lakukan tuaman sejuk  sewaktu bayi tidak menyusu. Dalam beberapa hari, payudara akan menyesuaikan penghasilan susunya  mengikut keperluan bayi.
  • Jika susu tidak dikeluarkan, saluran susu, darah dan sistem limfatik  akan menjadi padat dan berhenti mengalir dan akhirnya menyebabkan bengkak . Payudara akan terasa panas, keras, sakit, tegang dan berkilat. Puting pula menjadi tegang dan leper. Ini akan menyebabkan bayi sukar untuk melekap dan akhirnya puting akan luka.
  • Jika bengkak payudara berterusan, bahan penghalang penghasilan susu (feedback inhibitor) akan mengurangkan penghasilan susu ibu.

Pengendalian Bengkak Payudara

  • Bantu ibu mengurangkan bengkak dengan mengeluarkan susu daripada payudara ini dapat:
    • Mengurangkan ketidakselesaan ibu
    • Mengelak komplikasi seterusnya seperti radang payudara (mastitis) dan  bengkak bernanah
    • Membantu untuk memastikan penghasilan susu berterusan
    • Memastikan bayi boleh menerima susu ibu
  • Periksa pelekapan : Adakah bayi  melekap dengan betul pada payudara. Jika tidak :
    • Bantu ibu untuk melekapkan bayi pada payudara dengan sebaiknya untuk mengeluarkan susu
    • Cadangkan pada ibu untuk memerah sedikit susu terlebih dahulu sebelum bayi menyusu untuk melembutkan areola. Ini akan memudahkan bayi untuk melekap.
  • Jika dengan menyusu tidak dapat mengurangkan bengkak, nasihatkan ibu  memerah susu di antara waktu penyusuan untuk beberapa kali sehingga ibu rasa lebih selesa
  • Galakkan penyusuan yang lebih kerap : Jika penyusuan dihadkan, galakkan ibu menyusu bayinya  pada bila-bila masa dan seberapa lama yang bayi mahu.
  • Lakukan tuaman  suam (tuala  lembap) pada areola sebelum menyusu untuk meransang pengaliran susu. Mandi air  suam  boleh merangsang pengaliran susu.  
  • Urutan leher dan belakang badan atau lain-lain teknik yang menenangkan  juga boleh merangsang pengaliran susu.
  • Bantu ibu untuk lebih selesa. Ibu mungkin perlu mengampu payudaranya  jika besar
  • Beri sokongan dan bina keyakinan ibu dengan menerangkan  bahawa bengkak payudara akan sembuh tidak lama lagi.
  • Tuaman sejuk boleh mengurangkan kesakitan pada payudara  sewaktu bayi tidak menyusu
  •  By Leen Cqah Amni

Khamis, 14 Februari 2013

TESTIMONI SET BERPANTANG DAN MENYUSU


TESTIMONI SET MENYUSU


Jacky Bass
Salam semua..saya nak kongsikan pengalaman saya menggunakan set breastfeeding B (vitalea,b-complex,vita c ,alfalfa) dan ESP selama 2 bulan. Mula2 sy perasan susu sy jd semakin pekat..kwn2 yg tgk hasil pam saya pon ckp susu sy dah mcm susu formula.kemudian hasil pam saya meningkat dari hari ke hari. Dulu nak dapat 2 oz pun susah, skrg sekali pam sy boleh dapat 8-10 oz.

sy cuma pam bl kat ofis, bl dgn baby sy akan direct feeding je.setiap mlm baby akan bgn menyusu 2 kali. bezanya skrg, lepas 5 minit minum, baby dah tertido kekenyangan, mayb sbb susu sy dah pekat kot. tp cik b sy dah penuh n sy mls nk bgn mlm2 pam, sudahnya habis basah lengan baju baby sbb susu dah melimpah keluar..kesian baby..

Dulu, kulit baby sgt sensitif, sng naik butir2 merah sampai pnh sekali tu butir2 merah yg sangat banyak n gatal tumbuh di muka baby..kesian sgt..skrg kulit baby dah licin dan lembut je..

happy sgt dengan perubahan +ve ni..kini sy dh x bimbang lagi walaupun baby dah 4 bulan n demand susu ..... smkn meningkat..Alhamdulillah n tq to Shaklee.

Selasa, 12 Februari 2013

wasiat Rasulullah kepada wanita solehah

WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA WANITA YANG SOLEHAH

Pahala Bagi Isteri Yang Memelihara Anak.

Rasulullah SAW bersabda :" ,Apabila seorang wanita redho atas kehamilannya dari suaminya yang sah sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puas dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah, dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, siibu  mendapat ganjaran pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah ". 
(HR THABRANI dan IBN 'ASSAKI)

Batapa indahnya...ajaran Islam dan pahala si ibu memelihara anaknya..tambahan pula dengan memberikan susu ibu bagi membesarkan anaknya. Semoga anak yang lahir juga akan menjadi anak yang soleh dan solehah.


 SET MENYUSU ..BAGI PARA IBU YANG INGIN MEMPERBANYAKAN  LAGI SUSU BADAN.

Rabu, 6 Februari 2013

kelebihan esp

RAHSIA ESP...
JOM BACA....
ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut di perkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 umber minirel. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. sama ada tua atau pun muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik yan rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.
NAK TAHU...
Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tibuh manusia. 

selamat mencuba........
  
ANTARA TESTIMONI ESP...
Nk kongsi psl ESP......my hubby mmg ambk 5 8 jnis ubat dr hospital.....mcm2 pnyakit.....mula2 mkn....tngan jd gatal...mcm skit kulit....tompok sna sni....malu ktanyer nnti org tngok dh mcm org ada sopak....Satu lg tiap2 thn bla bln puasa psti dia akn pedih ulu hati..mmg kesian tp x nk tggal puasa...tp thn ni alhamdllah....xde dh pedih ulu ati...hr raya pn mkn mcm2 ok jer ....klu dulu slap je skit msti pedih ulu ati..
Nk kongsi psl ESP......my hubby mmg ambk 5 8 jnis ubat dr hospital.....mcm2 pnyakit.....mula2 mkn....tngan jd gatal...mcm skit kulit....tompok sna sni....malu ktanyer nnti org tngok dh mcm org ada sopak....Satu lg tiap2 thn bla bln puasa psti dia akn pedih ulu hati..mmg kesian tp x nk tggal puasa...tp thn ni alhamdllah....xde dh pedih ulu ati...hr raya pn mkn mcm2 ok jer ....klu dulu slap je skit msti pedih ulu ati..

Sabtu, 2 Februari 2013

APA TU OMEGA???



Wah..btol ke ni? Selama ni duk ingat fish oil untuk brain je..nampaknya Lecithin ade persaingan hehe Jangan risau ye, Lecithin mmg work so does Omega but the difference btwn them is the price and effectiveness ..well of course the one with extra cost work better but doesn't mean the cheaper one isn't gud. Terpulang pada kemampuan masing2 ye..


Dalam fish oil ade OMEGA fatty acid which consist of DHA dan EPA


 

Ye ke omega ni buleh bakar lemak?


''Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them.''
http://www.livestrong.com/article/276633-omega-3-fats-weight-loss/



Macam mana fatty acid boleh bakar lemak ye?


Omega-3 fats

Omega-3 fats help you burn fat by helping your body respond better to a hormone called Leptin (Leptin is the Greek word for thin)

Leptin tells your body (your brain) to suppress your appetite making you eat less so you can maintain or lose weight

Leptin increases your metabolism by increasing your thyroid output (your thyroid regulates your metabolism)

Leptin also causes your body to burn fat for energy so

If your body isn't responding well to Leptin then the reverse happens - You'll be hungrier, and you'll store more fat so… You can take Omega-3 fats to help your body respond much better to Leptin so you can increase your fat-burning metabolism and…

Omega-3 fats are found in salmon, flaxseeds, nuts, Omega-3 supplements and these other 79 foods sources of Omega-3 fats and…

3 more ways Omega-3 fats help you lose weight is…

  1. Omega-3 fats help you control your hunger by stabilizing your blood sugar levels 
  2. An Australian study showed that when people took Omega-3 fats while on an exercise program burned more fat than people who Only Exercised (without taking Omega-3 fats) and people who exercised & took other types of fat and…
  3. Studies done in Japan & The Czech republic suggest that Omega-3 fats prevent the creation of ugly body fat and these same studies suggested Omega-3 fats promote more fat burning.
http://www.nowloss.com/good-fats-that-burn-fat-help-you-lose-weight.htm


 
''A 2001 study published in the May 2002 edition of "Obesity Research" discovered that rats fed fish oil gained less weight than rats fed soybean oil. Furthermore, a 2004 study published in "Lipids" confirms the link between weight loss and fish oil as rats with an omega-3 rich diet exhibited reduced levels of fat and leptin. Leptin is a hormone which regulates the appetite and is generally lower in individuals with low body fat content. The 2004 study in "Lipids" concludes that DHA fat oil reduces the accumulation of body fat by restricting the hypertrophy and hyperplasia of fat cells. "Mosby's Medical Dictionary" explains that hypertrophy and hyperplasia refers to an enlargement of cells and an increase in cell production, respectively.'' 

http://www.livestrong.com/article/494397-dha-fish-oil-and-weight-loss/


by: Adaa (http://mycutekids-myinspiration.blogspot.com

Isnin, 28 Januari 2013

SAKIT KEPALA

SAKIT KEPALA.....

SALAM BUAT SEMUA........

Kadangkala kita sering mengadu sakit kepala,kepala pusing, kepala terasa berdenyut dan sebagainya di bahagian kepala...SUBHANALLAH....apabila kesakitan dibahagian kepala menyerang hanya Allah sahaja yang tahu..dan juga empunya badan. Yang pastinya kerja pasti tidak dapat dilakukan dengan terbaik...atau pun terus meninggalkan kerja kita buat seketika dek gara-gara sakit kepala...Aduh ! Aduh ! Aduh!....

Biasanya simptom dibahagian kepala berkait dengan peredaran darah, jantung saraf kranial.

  • pening - mengawal selia anemia atau keadaan tekanan darah tak stabil.
  • sakit di depan kepala - neurosis akibat stress mental.
  • sakit dibelakang kepala - menandakan tekanan darah tinggi dan stress berterusan.
  • sakit kepala & rasa angin meniup dalam telinga - mengawal selia migrain.
  • bernanah dikepala - detoksifikasi sedang berlaku. mungkin berkait dengan migrain.
  • teramat pening - menandakan tekanan darah yang serius atau peredaran darah yang lemah
Ini merupakan tanda-tanda yang mungkin berlaku akibat serangan sakit kepala. Semoga dengan info yang sedikit ini dapat menambahkan ilmu di dada.....

ANTARA VITAMIN SHAKLEE YANG DISARANKAN IAITU :

  • VIVIX - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular.
  • B COMPLEX - menambah aliran darah ke otak, anti stress, riboflavin menambah simpanan tenaga dalam sel otak.
  • OSTEMATRIX - transmisi impuls saraf ke otak, kandungan Mg yang rendah sering terdapat pada mereka yang ada migrain.
  • VITA C 500 mg SR - membantu menghasilkan hormone adrenal anti-stress.
  • OMEGA GUARD - menurunkan risiko spasm salur darah berkaitan dengan migrain 
  • ENERGY TEA - antioksidan , mengurangkan stress
  • HERB LAX - sembelit mampu menyebabkan migrain.


Sabtu, 26 Januari 2013

KRISIS PEMULIHAN

KRISIS PEMULIHAN....

Apa yang dinamakan 'krisis pemulihan?'...seringkali pengguna akan menyuarakan tindak balas selepas mengambil  mana-mana produk Shaklee. Sama ada pening kepala, kelesuan,sakit kepala,  dan sebagainya. Dan ada pula yang terus mengambil keputusan untuk berhenti daripada meneruskan pemakanan vitamin Shaklee.
Disini saya terangkan sedikit sebanyak apa yang dinamakan "krisis Pemulihan?" 

Ianya adalah tindak balas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisi pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian ,ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbuk kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun......tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Nak tahu puncanya ......?
Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang bertimbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama (makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik, atau pengambilan ubat-ubatan)

Supplement dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Oleh itu, diwaktu jangkamasa 'krisis pemulihan' ini, minumlah banyak air bersih , rehat secukupnya dan makan lah lebih sayuran dan buahan. selagi mana kita memahami ini adalah siptom pemulihan......kita akan mudah melalui fasa ini....

SELAMAT MEMBACA DAN MENCUBA.....

Sabtu, 12 Mei 2012

Set asas

UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN SECARA OPTIMUN.
  • Vita-Lea® Iron Formula
Multivitamin & Multimineral
Multi yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.baca seterusnya...
  • B-Complex 
Tenaga, Kesihatan Jantung, Sintesis DNA dan banyak lagi
 
Vitamin B Penting untuk Kesihatan
Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi? Tekanan hidup, alkohol dan ubat-ubat preskripsi berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. Kajian terbaru membuktikan bahawa Vitamin B berupaya meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik.baca seterusnya....
  •  VItamin-C
Bekalan Vitamin C secara Semulajadi
Badan anda berupaya mampu melakukan banyak perkara tetapi ianya tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C. Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.sila baca...
 










KEPENTINGAN VITAMIN DAN MINERAL

Vitamin

Fungsi
Sumber

Kekurangan

 
 
 
 
A
·   boleh ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A
·   tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak.
·   Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salurkencing dari dijangkiti kuman.
·   menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system) di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.
telur, susu (lemak susu), dan hati

·         lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,
·         kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju pada mata putih.
·         Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan.
·         Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan.
·         Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada kornea mata yang boleh menjadi buta.
·         Lebih dos:
Bila di ambil berlebihan pula vitamin ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala, pandangan yang kabur, pitam, cirit birit, menstfruasi yang tidak tetap, kesakitan pada sendi dan tulang, kulit yang kering dan merekah, radang pada kulit, rambut gugur, muntah-muntah dan kegagalan hati.
 
 
 
B1 atau Thiamine
·   pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin.
·   memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal.
·   membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil  sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan. 
gandum atau hasil gandum,
kacang pis,
kacang,
tepung yang diperkayakan
ikan
kacang tanah, daging
·         Keletihan, lemah badan, hilang selera makan
·         Kegelisahan, gangguan tidur.
·         Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
·         Sakit pada bahagian abdomen.
·         Sembelit
·         Gangguan mental atau emosi.
B2 atau Riboflavin
·   Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan sel-sel. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin.
Hati, susu, bayam, mee yang diperkaya dan kulat atau cendawan
·         Kekurangannya boleh menyebabkan pecah-pecah dan sakit pada mulut dan hidung. Begitu juga masalah kesihatan.
Niasin (Vitamin B3) - Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh.
·   Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh membantu mengurangkan kolesterol. (Perlu diingat, untuk mendapatkan dos yang besar perlu terlebih dahulu mendapat nasihat pakar kesihatan).
Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah, bijirin diperkaya.
·         Pada kes yang teruk, kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit pelagra (sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit pecah-pecah), cirit-birit dan sakit mulut.
Lebih Dos:
Ulser, masalah hati, kandungan gula dan asid urik yang tinggi dalam darah dan masalah jantung.
Asid Pantotenik (Vitamin B5)
Mengubah makanan kepada bentuk molekul. Diperlukan untuk mengeluarkan hormon adrenal dan bahan kimia yang mengatur fungsi sistem saraf.
dalam tisu-tisu haiwan dan bijirin
Ulser pada manusia.
Lebih dos:
Sama seperti pada vitamin B1
Piridoksin (Vitamin B6
Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme dan penyerapan protein dan juga metabolisme karbohidrat. Membantu membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak.
Lemak haiwan, bayam, brokoli dan pisang
Anemia, bengkeng, gatal-gatal, kulit bersisik dan sawan.
Lebih dos:
Kerosakan pada sistem saraf.
Sianokobalamin (Vitamin B12)
Membina bahan genetik dan membantu pembentukan sel darah merah
hasilan haiwan
.
kekurangan darah (anemia) yang membahayakan serta kerosakan saraf. (Nota: Kekurangan jarang berlaku kecuali terhadap vegetarian, golongan tua dan mereka yang mengalami masalah penyerapan makanan pada usus.
 
 
C
·   Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat. 
·   pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting
·   untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. 
·   boleh mengurangkan gejala penyakit asma.
·   mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
·   meningkatkan penyerapan zat besi.
·   bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.
·   mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .
·   egen dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar. 
buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau spt asparagus, avocado,  black currants, kobis bunga,  anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,  nenas,  bayam, strawberri, tomato, dan selada air. 
·         Lemah badan.
·         Sakit-sakit dan sengal badan
·         Bengkak gusi.
·         Hidung berdarah.
·         Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
·         Anemia
 
 
 
 
 
D
Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.
 
Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk  vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif
Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit. 
·         Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot).
·         Osteomalacia, pada orang dewasa ( tulang menjadi lembut, yang menyebabkan sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak).
·         Lebih Dos: Pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pengumpulan kalsium pada organ tubuh, tulang rapuh dan kerosakan pada sistem renal dan kardiovaskular.
 
 
 
 
 
 
E
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 
·         Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
·         Penuaan kulit sebelum masa.
·         Rambut gugur
·         Anemia.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
K
Vitamin K is diperlukan untuk pengeluaran prothrombin, yang mana perlu untuk pembekuan darah. Ia juga mustahak untuk pembentukan dan pembaikian tulang; ia diperlukan untuk sintesis osteocalcin, protin yang terdapat dalam tisu tulang yang mana kalsium menjadi hablur. Akibatnya , ia boleh menolong mencegah osteoporosis.Vitamin K memainkan peranan penting di dalam salur usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan dalam hati, memelihara fungsi hati sentiasa sihat. Ia boleh meningkatkan daya tahan kepada jangkitan pada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Ia menolong melanjutkan usia.Terdapat tiga bentuk vitamin K: vitamin K1 (phylloquinone atau phytonactone), didapati daripada tumbuhan; vitamin K2,keluarga daripada bahan dipanggil menaquinones, yang dibuat oleh bakteria usus; dan  vitamin K3 (menadione), adalah bahan sintetik. 
Vitamin K didapati daripada beberapa jenis makanan termasuk asparagus, blackstrap molasses, kobis bunga, Brussels sprouts, kobis, sayuran berdaun hijau gelap , puteh telur, daun salad , hati, oatl,, rai, kacang soya, gandum dan yogurt. Bagaimanapun, majoriti bekalan vitamin ini untuk tubuh kita didapati hasil daripada sintesis bakteria  "baik" yang terdapat dalam usus.
Lemah daya pembekuan darah yang boleh menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus, dan salur kencing; penyerapan darah daripada luka; dan pendarahan otak, bagi kes yang teruk.
Lebih dos:
Boleh menyebabkan jaundis pada bayi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...