Sabtu, 9 Mac 2013

Bengkak Payudara

Bengkak Payudara
  • Bengkak payudara bermakna payudara terlalu penuh , sebahagiannya dengan susu dan sebahagiannya lagi disebabkan oleh peningkatan cecair tisu dan darah yang mengganggu pengaliran susu. Payudara kelihatan berkilat, keras, tegang , sakit dan susu tidak mengalir.
  • Apabila susu mula mengalir banyak, pengaliran darah akan meningkat ke payudara sama seperti pengaliran susu. Payudara akan berasa  hangat, penuh dan berat. Ini menunjukkan payudara penuh. Untuk mengurangkan payudara yang penuh, susui bayi secara kerap dan lakukan tuaman sejuk  sewaktu bayi tidak menyusu. Dalam beberapa hari, payudara akan menyesuaikan penghasilan susunya  mengikut keperluan bayi.
  • Jika susu tidak dikeluarkan, saluran susu, darah dan sistem limfatik  akan menjadi padat dan berhenti mengalir dan akhirnya menyebabkan bengkak . Payudara akan terasa panas, keras, sakit, tegang dan berkilat. Puting pula menjadi tegang dan leper. Ini akan menyebabkan bayi sukar untuk melekap dan akhirnya puting akan luka.
  • Jika bengkak payudara berterusan, bahan penghalang penghasilan susu (feedback inhibitor) akan mengurangkan penghasilan susu ibu.

Pengendalian Bengkak Payudara

  • Bantu ibu mengurangkan bengkak dengan mengeluarkan susu daripada payudara ini dapat:
    • Mengurangkan ketidakselesaan ibu
    • Mengelak komplikasi seterusnya seperti radang payudara (mastitis) dan  bengkak bernanah
    • Membantu untuk memastikan penghasilan susu berterusan
    • Memastikan bayi boleh menerima susu ibu
  • Periksa pelekapan : Adakah bayi  melekap dengan betul pada payudara. Jika tidak :
    • Bantu ibu untuk melekapkan bayi pada payudara dengan sebaiknya untuk mengeluarkan susu
    • Cadangkan pada ibu untuk memerah sedikit susu terlebih dahulu sebelum bayi menyusu untuk melembutkan areola. Ini akan memudahkan bayi untuk melekap.
  • Jika dengan menyusu tidak dapat mengurangkan bengkak, nasihatkan ibu  memerah susu di antara waktu penyusuan untuk beberapa kali sehingga ibu rasa lebih selesa
  • Galakkan penyusuan yang lebih kerap : Jika penyusuan dihadkan, galakkan ibu menyusu bayinya  pada bila-bila masa dan seberapa lama yang bayi mahu.
  • Lakukan tuaman  suam (tuala  lembap) pada areola sebelum menyusu untuk meransang pengaliran susu. Mandi air  suam  boleh merangsang pengaliran susu.  
  • Urutan leher dan belakang badan atau lain-lain teknik yang menenangkan  juga boleh merangsang pengaliran susu.
  • Bantu ibu untuk lebih selesa. Ibu mungkin perlu mengampu payudaranya  jika besar
  • Beri sokongan dan bina keyakinan ibu dengan menerangkan  bahawa bengkak payudara akan sembuh tidak lama lagi.
  • Tuaman sejuk boleh mengurangkan kesakitan pada payudara  sewaktu bayi tidak menyusu
  •  By Leen Cqah Amni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...