Ahad, 31 Mac 2013

BASIC H dAN kegunaannya

Basic H - 1001 Kegunaan



Basic H adalah cecair yang serbaguna. Sangat bagus disediakan di rumah untuk banyak kegunaan.


KEGUNAAN & CARA

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


UNTUK KECEMASAN
KEGUNAAN & CARA
1. Menghapuskan kutu di atas kepala
  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Apa kegunaan Basic H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.
5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.
6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.
8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.


Hakikatnya Basic H ni banyak kegunaannya. Hanya dengan beberapa titis, ia membantu saya dengan banyak urusan.


 *credit kak N/tq k.farihah

Sabtu, 30 Mac 2013

Panduan makanan anak

PANDUAN UNTUK MEMPERKENALKAN MAKANAN PEJAL KEPADA ANAK KITA

  • 6 BULAN-7 BULAN
               - buah-buahan dan sayur-sayuran dimasak.
               - Perkenalka kanji atau bubur nasi yang lembik dicampur dengan daging atau kacang  
                 panjang, tauhu atau kacang pis.
               - jus buah-buahan yang telah dicairkan.
               - biskut rusk dan roti lembut  (untuk meransang dia supaya mengunyah)
               - cara nya : dilenyek, di potong nipis dan halus.



Isnin, 11 Mac 2013

Minyak Wangi Kasturi Syifa'

Assalamualaikum...

Buat pembaca sekelian, sebagai seorang ibu sudah semestinya akan susah hati apabila anaknya yang masih kecil sering kali menangis tanpa sebab.

Alhamdulillah...seorang kawan saya mengalami perkara yang sama, kemungkinan anaknya mengalami gangguan makhluk halus. (Jangan lupa bahawa anak-anak kecil dibuka hijab untuk melihat mahkluk Allah yang susah untuk kita melihat sebagai seorang dewasa). Tetapi dengan izin Allah...apabila beliau menggunakan "Minyak Wangi Kasturi Syaifa" ..anaknya beransur pulih. Subhanallah... setiap apa yang diuji oleh Allah mesti ada jalan penyelesaian. Amin


Sabtu, 9 Mac 2013

Bengkak Payudara

Bengkak Payudara
  • Bengkak payudara bermakna payudara terlalu penuh , sebahagiannya dengan susu dan sebahagiannya lagi disebabkan oleh peningkatan cecair tisu dan darah yang mengganggu pengaliran susu. Payudara kelihatan berkilat, keras, tegang , sakit dan susu tidak mengalir.
  • Apabila susu mula mengalir banyak, pengaliran darah akan meningkat ke payudara sama seperti pengaliran susu. Payudara akan berasa  hangat, penuh dan berat. Ini menunjukkan payudara penuh. Untuk mengurangkan payudara yang penuh, susui bayi secara kerap dan lakukan tuaman sejuk  sewaktu bayi tidak menyusu. Dalam beberapa hari, payudara akan menyesuaikan penghasilan susunya  mengikut keperluan bayi.
  • Jika susu tidak dikeluarkan, saluran susu, darah dan sistem limfatik  akan menjadi padat dan berhenti mengalir dan akhirnya menyebabkan bengkak . Payudara akan terasa panas, keras, sakit, tegang dan berkilat. Puting pula menjadi tegang dan leper. Ini akan menyebabkan bayi sukar untuk melekap dan akhirnya puting akan luka.
  • Jika bengkak payudara berterusan, bahan penghalang penghasilan susu (feedback inhibitor) akan mengurangkan penghasilan susu ibu.

Pengendalian Bengkak Payudara

  • Bantu ibu mengurangkan bengkak dengan mengeluarkan susu daripada payudara ini dapat:
    • Mengurangkan ketidakselesaan ibu
    • Mengelak komplikasi seterusnya seperti radang payudara (mastitis) dan  bengkak bernanah
    • Membantu untuk memastikan penghasilan susu berterusan
    • Memastikan bayi boleh menerima susu ibu
  • Periksa pelekapan : Adakah bayi  melekap dengan betul pada payudara. Jika tidak :
    • Bantu ibu untuk melekapkan bayi pada payudara dengan sebaiknya untuk mengeluarkan susu
    • Cadangkan pada ibu untuk memerah sedikit susu terlebih dahulu sebelum bayi menyusu untuk melembutkan areola. Ini akan memudahkan bayi untuk melekap.
  • Jika dengan menyusu tidak dapat mengurangkan bengkak, nasihatkan ibu  memerah susu di antara waktu penyusuan untuk beberapa kali sehingga ibu rasa lebih selesa
  • Galakkan penyusuan yang lebih kerap : Jika penyusuan dihadkan, galakkan ibu menyusu bayinya  pada bila-bila masa dan seberapa lama yang bayi mahu.
  • Lakukan tuaman  suam (tuala  lembap) pada areola sebelum menyusu untuk meransang pengaliran susu. Mandi air  suam  boleh merangsang pengaliran susu.  
  • Urutan leher dan belakang badan atau lain-lain teknik yang menenangkan  juga boleh merangsang pengaliran susu.
  • Bantu ibu untuk lebih selesa. Ibu mungkin perlu mengampu payudaranya  jika besar
  • Beri sokongan dan bina keyakinan ibu dengan menerangkan  bahawa bengkak payudara akan sembuh tidak lama lagi.
  • Tuaman sejuk boleh mengurangkan kesakitan pada payudara  sewaktu bayi tidak menyusu
  •  By Leen Cqah Amni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...